Kad COACH

Tentang Kami

Profesion guru di Malaysia memang telah sekian lama dianggap titik permulaan pembinaan negara. Guru-guru negara ini memikul tanggungjawab berat dan terhormat dalam membimbing dan membangunkan generasi baru.

Kementerian Pendidikan telah menyatakan di dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan 2013-2015 bahawa kebajikan serta kualiti guru di seluruh negara haruslah diperbaiki dan dipertingkatkan. Pelan tindakan tersebut juga menekankan yang kebajikan para pendidik harus diambil berat kerana kesihatan yang baik dan kesejahteraan adalah penting untuk memastikan mereka mengajar di tahap kapasiti maksimum. Mementingkan profesion guru akan mendorong peningkatan mutu pendidikan. Pelan tindakan itu juga menyeru agar sumbangan dan pengorbanan sejati para pendidik diiktiraf.

Sebagai penghargaan kepada jasa guru-guru yang tidak terhingga, dan untuk menjaga kebajikan serta menghargai para pendidik negara, kami telah merumus satu kad khas untuk memenuhi keperluan dan kehendak guru-guru di seluruh Malaysia.